ASSALAMUALAIKUM

Selasa, 12 Ogos 2014

Pautan Blog

1)      Cikgu Mohd Firdaus (Pensyarah Pembimbing BMM3053)
2)      Easther
3)      Farhan Aqiela
4)      Haryanti
5)      Irfidah
6)      Jubaidah
7)      Mastiah
8)      Mecius
9)      Mohd Jumat
10)    Mohtar
11)    Nasrah
12)    Norfaridah
13)    Norhayati
14)    Norsidah
15)    Nurusyahirah
16)    Roslin
17)    Ruddy
18)    Salmiah
19)    Shaidathul Aqma
20)    Siti Ari Nadzriah
21)    Susan Timas
22)    Wardah Nadirah

Isnin, 11 Ogos 2014

PENGENALAN BMM3053

Assalamualaikum w.b.t.....

BMM3053 Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (PISMP Semester 3)


1.0     Pengenalan



           Arus pemodenan negara kini telah merubah banyak perkara termasuklah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kini bukan hanya diajar secara tradisional malah diperkasakan lagi dengan kemajuan teknologi yang kian membangun untuk menyebarkan ilmu bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran di sekolah. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan beberapa mata pelajaran lain dilakukan dengan berbantukan komputer.

          Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan, khususnya teknologi multimedia telah bermula sejak awal tahun 1990-an. Dalam era globalisasi ini, TMK merupakan satu alat yang mencetuskan anjakan paradigma  yang telah mengubah kaedah pendidikan cara tradisional kepada satu kaedah yang lebih kompeten, fleksibel dan efektif. Kaedah pengajaran yang berasaskan TMK seperti pembelajaran secara atas talian, sidang video dan sebagainya dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Salah satu cara perlaksanaan pengajaran bahasa Melayu berbantukan komputer adalah dengan menggunakan aplikasi secara dalam talian dan di luar talian.

Antara Subtopik yang terkandung di bawah P&P Bahasa Melayu berbantukan komputer ini ialah : 

  1. Penggunaan Enin Pencari Bahan Bahasa Melayu
  2. Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
  3. Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet.
  4. Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
  5. Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
  6. Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
  7. Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
  8. Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian dan Luar Talian.
  9. Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman.
  10. Membina Bahan Video dan Audio untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
  11. Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video.
  12. Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu.
  13. Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu.
  14. Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam P&P Bahasa Melayu.
  15. Seminar dan Pameran TMK dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang.