Objektif Kemahiran Bahasa
Bahasa Melayu Tahun 1
Bahasa Melayu Tahun 1
Objektif 1 : Membaca pelbagai perkataan, frasa,
dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
Contoh / Tajuk
Bahan 1 : Kaki
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : Teks bergambar ini mengandungi gambar yang sesuai dibaca
oleh murid-murid tahun 1. Guru membimbing murid terlebih dahulu membaca teks
dengan sebutan dan intonasi yang betul, kemudian murid membaca secara
berkumpulan dan individu.
Contoh / Tajuk
Bahan 2 : Mata
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : Kandungan teks mengandungi ayat yang mempunyai dua atau
tiga suku kata dan perkataan yang hampir sama bunyi. Bimbingan guru perlu bagi
memastikan murid membaca perkataan dengan intonasi dan sebutan yang betul.
Objektif 2 :
Membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku
kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung
dengan betul;
Contoh / Tajuk
Bahan 1 :
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : Kad perkataan tersebut mengandungi diftong ai,au dan oi.
Perkataan diftong tersebut sudah ditandakan bagi memudahkan pelajar untuk
membaca dan melihat dengan lebih jelas jenis diftong tersebut.
Contoh / Tajuk
Bahan 2 :
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : Kad tersebut mengandungi vokal berganding yang berbeza
dengan diftong. Pelajar dapat membaca dengan betul setelah dibimbing oleh guru
dengan sebutan yang tepat.
Objektif 3 : Membaca
ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul;
Contoh / Tajuk
Bahan 1 :
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : Kad tersebut mengandungi dua gambar
dan ayat tunggal. Guru boleh menyuruh murid untuk membina ayat tunggal lain
berdasarkan gambar tersebut.
Contoh / Tajuk
Bahan 2 :
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : Kad tersebut mengandungi contoh
ayat tunggal dan perkataan yang mudah difahami oleh pelajar.
Objektif
4 : Membaca dengan
sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul;
Contoh / Tajuk
Bahan 1 :
Cerita
Kanak-kanak : Belalang
Di dalam sebuah
taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia
berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam
taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar,
dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum.
Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu
pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu.
Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu.
Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.
Pada suatu
hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka
semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum
musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia
asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang
ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang
terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.
“ Bila hujan
berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring
semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat.
Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari
makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan
belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan
berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke
rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas
katil di rumah.
“Saya akan
membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu
lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong
belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering
mendengar nasihat daripada rakannya.
|
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : Teks tersebut mempunyai pelbagai tanda baca seperti tanda
koma, noktah dan sebagainya. Guru perlu menegaskan kepada murid bahawa setiap
tanda baca membawa maksud berbeza dan perlu dibaca dengan intonasi yang betul.
Contoh / Tajuk
Bahan 2 :
Tertipu
Berulang Kali
Di suatu hari,
seorang lelaki sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Dia
berjalan dengan menarik seekor keldai di belakangnya. Seorang pencuri melihat
hal ini. Dia mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil
keldai tersebut. Setelah beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari
bahawa keldainya telah hilang. Dia berlari ke sana sini mencari keldainya
dengan panik.
Sampailah dia
pada sebuah perigi. Di tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia
tidak tahu bahawa lelaki itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia
bertanya kepada lelaki itu adakah dia melihat seekor keldai di sekitar tempat
itu.
Pencuri itu
tidak menjawab, malah dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi.
"Mengapa
kau menangis?" tanya pemilik keldai kehairanan.
"Dompetku
jatuh ke dalam perigi ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku
mengambilnya, aku akan berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet
itu. Kau akan mendapatkan seperlima dari seratus dinar emas di
tanganmu!"
Pemilik keldai
pun berfikir, "Wah! Wang itu cukup untuk membeli lebih dari sepuluh
keldai! Bila satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka."
Dia segera
membuka pakaiannya dan turun ke dasar perigi. Sudah pastinya di dalam perigi
itu tidak terdapat apa-apa. Dan si pencuri pun melarikan pakaian orang itu.
|
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : Teks tersebut mengandungi tanda baca seperti tanda seru,
tanda tanya, noktah dan sebagainya. Pelajar perlu dibimbing dengan membaca mengikut
sebutan dan intonasi yang betul.
Objektif 5 : Membaca
dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama
dan membuat klasifikasi dengan betul;
Contoh /
Tajuk Bahan 1 :
Anjing Yang Bodoh
Seekor anjing
yang mendapatkan sebuah tulang dari seseorang, berlari-lari pulang ke
rumahnya secepat mungkin dengan senang hati. Ketika dia melewati sebuah
jembatan yang sangat kecil, dia menunduk ke bawah dan melihat bayangan
dirinya terpantul dari air di bawah jembatan itu. Anjing yang serakah ini
mengira dirinya melihat seekor anjing lain membawa sebuah tulang yang lebih
besar dari miliknya.
Bila saja dia berhenti untuk
berpikir, dia akan tahu bahwa itu hanyalah bayangannya. Tetapi anjing itu
tidak berpikir apa-apa dan malah menjatuhkan tulang yang dibawanya dan
langsung melompat ke dalam sungai. Anjing serakah tersebut akhirnya dengan
susah payah berenang menuju ke tepi sungai. Saat dia selamat tiba di tepi
sungai, dia hanya bisa berdiri termenung dan sedih karena tulang yang di
bawanya malah hilang, dia kemudian menyesali apa yang terjadi dan menyadari
betapa bodohnya dirinya.
|
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : Guru perlu membimbing pelajar untuk mencari idea utama
dan membuat kesimpulan yang betul berdasarkan cerita tersebut.
Contoh /
Tajuk Bahan 2 :
Pelajaran
Sang Kodok
Sekelompok kodok sedang
berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam
sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut.
Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua
kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak
menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan
segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka
berhenti melompat dan lebih baik mati.
Akhirnya,
salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok
yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya
tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan
kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja.
Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.
Ketika
dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan
kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain)
menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di
bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat
kepadanya.
|
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : Pelajar dilatih supaya membaca beberapa kali teks supaya
dapat memahami dan memudahkan langkah untuk mencari idea utama. Guru boleh
membentuk pelajar dalam beberapa kumpulan untuk mencari idea dan isi tersurat
teks tersebut.
Objektif
6 : Membaca, memahami
dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan
memindahkan kepada bentuk bukan grafik;
Contoh / Tajuk Bahan 1 :
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : Guru menyuruh murid melihat grafik tersebut secara teliti
supaya dapat membuat kesimpulan dengan tepat. Murid diminta membina beberapa
ayat mudah berdasarkan bahan grafik tersebut.
Contoh /
Tajuk Bahan 2 :
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : Guru menyoal pelajar apa yang mereka tahu berdasarkan
gambar tersebut.
Objektif
7 : Membaca dan
memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.
Contoh /
Tajuk Bahan 1 : Pantun Jenaka
Sudah diambil
mari diurut
Diurut dibawah
pokok sena
Melihat kambing
mencabut janggut
Gajah pula
mengorek telinga
Ambilkan bilah
pokok sena
Jadikan lata
tempat berhandai
Andaikan gajah
korek telinga
Giliran buaya
hajat berinai
|
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Di dalam
pantun tersebut mengandungi beberapa kosa kata yang jarang dan sukar difahami
oleh pelajar tahun satu seperti “lata”, “berhandai”, dan “berinai” yang boleh
ditambah dalam kosa kata pelajar.
Contoh /
Tajuk Bahan 2 : Pantun Teka Teki
Kalau
tuan bawa keladi
Bawakan
juga si pucuk rebung
Kalau
tuan bijak bestari
Binatang
apa tanduk dihidung?
Beras
ladang sulung tahun
Malam
malam memasak nasi
Dalam
batang ada daun
Dalam
daun ada isi
Terendak
bentan lalu dibeli
Untuk
pakaian saya turun kesawah
Kalaulah
tuan bijak bestari
Apa
binatang kepala di bawah?
Kalau
tuan muda teruna
Pakai
seluar dengan gayanya
Kalau
tuan bijak laksana
Biji
diluar apa buahnya?
|
Minggu 2 masih kosong ni, kenapa Zumi??/
BalasPadam