ASSALAMUALAIKUM

MINGGU 1

1) ALAMAT INTERNET

    Imej






































      Audio

1)    Bunyi katak
2)    Burung murai
3)    Bunyi kereta api
4)    Bunyi kompang
5)    Bunyi angin
6)    Bunyi drum
7)    Bunyi kucing
8)    Bunyi binatang
9)    Bunyi basikal
10) Bunyi-bunyi alam
11) Kenderaan darat
12) Bunyi nyamuk
13) Bunyi gajah
14) Suara singa mengaum
15) Bunyi lembu
16) Bunyi kuda
17) Bunyi kambing
18) Bunyi lebah


Teks

1)    (Kata Hubung)

2)    (Kata Bantu)

3)    (Tebaloi – Makanan Tradisional)

4)    (Bunga Raya – Bunga Kebangsaan)

5)    Jerebu

6)    Kata Sendi Nama

7)    Rumah Terbalik

8)    Kata Kerja

9)    Kata Ganda

10) Sungai

11) Buah-buahan tempatan

12) Sayur sayuran

13) Sumber protein

14) Faedah bersukan kepada masyarakat

15) Kata adjektif

16) Bola sepak

17) Badminton

18) Tempat bersejarah di Malaysia

19)  Lee Chong Wei

20) Penjagaan diri

21)  Hidupan di air

 Video

1)    Lagu bunyi haiwan

2)    Lagu ABC

3)    Lagu kanak-kanak ABC

4)    Lagu VOKAL A,E,I,O,U

5)    Lagu Bangau oh Bangau

6)    Lagu Buah-buahan Tempatan

7)    Lagu Suku Kata Terbuka

8)    Belajar Membaca

9)    Lagu ABC – Suku Kata IB

10) Asas Membaca Promo

11) Lagu KVK

12) Bijak Bahasa – Suku Kata Terbuka (KV+KV)

13) Perkataan Vokal Berganding BM Pem

14) Kad Imbasan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1

15) Adik Pandai – Belajar ABC

16) Lagu Kanak-kanak ABC – Kenali Fonik



Katalog Internet

Imej

















AUDIO

1)           Bunyi anjing

Sinopsis         : Audio memperdengarkan tentang bunyi anjing apabila menyalak.



2)           Bunyi ayam jantan

Sinopsis         : Audio memperdengarkan bunyi ayam jantan berkokok.



3)           Bunyi binatang

Sinopsis         : Audio memperdengarkan bunyi beberapa ekor haiwan seperti kucing,                                 anjing, kambing, singa, ayam jantan dan katak.



4)           Bunyi-bunyi alam

Sinopsis         : Audio memperdengarkan tentang bunyi-bunyi alam seperti air terjun,                                   ombak laut, hutan, guruh dan petir dan sebagainya.



5)            Bunyi katak

Sinopsis         : Audio memperdengarkan tentang bunyi katak.



6)           Bunyi lembu

Sinopsis         : Audio memperdengarkan tentang bunyi lembu.



7)           Bunyi nyamuk

Sinopsis         : Audio memperdengarkan tentang bunyi nyamuk.



8)           Bunyi alam – Cengkerik

Sinopsis         : Audio memperdengarkan tentang bunyi cengkerik di waktu malam.



9)           Guruh dan petir

Sinopsis         : Audio memaparkan tentang bunyi guruh dan petir.



10)        Itik

Sinopsis         : Audio memperdengarkan tentang bunyi itik.



11)        Mari Mengenal 10 bunyi haiwan

Sinopsis         : Audio memperdengarkan tentang bunyi-bunyi sepuluh ekor haiwan yang               biasa dilihat seperti lembu, kucing, anjing, gajah dan sebagainya.



12)        Bunyi marakas

Sinopsis         : Audio memperdengarkan tentang bunyi marakas iaitu sejenis alat perkusi.



13)        Ombak dan pantai

Sinopsis         : Audio menjelaskan tentang bunyi ombak dan pantai.



14)        Angin

Sinopsis         : Audio menjelaskan tentang bunyi apabila angin bertiup.



15)        Hujan

Sinopsis         : Audio memperdengarkan tentang bunyi apabila hujan turun.













Teks

Bil
Teks / Sinopsis
1
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan :
a)     Perkataan dengan perkataan
b)     Rangkai kata dengan rangkai kata
c)     Ayat dengan ayat

Contoh :
1)      Saya hendak makan mee atau nasi lemak.
2)      Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar.

Alamat Internet

2
Kata Bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
A)    Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan. (telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula, dan belum.)

Contoh :
1)    Murid – murid itu sudah bersarapan.
2)    Ah Meng sedang membaca buku.

B)    Kata bantu ragam berperanan untuk menyatakan atau menerangkan ragam atau suasana perasaan yang berhubung dengan perbuatan yang dilakukan. (hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, perlu, wajib, enggan, dan patut.)

Alamat Internet

3
Tebaloi (Makanan tradisional)
Tebaloi merupakan makanan rutin atau boleh dikatakan sebagai ganti nasi oleh masyarakat berbangsa Melanau suatu masa dahulu. Tebaloi di buat daripada pohon sagu iaitu batang sagu akan diproses dengan beberapa peringkat dan dapatlah dibuat tebaloi (berbentuk snek).

Alamat Internet

4
Bunga raya (Bunga Kebangsaan)
Bunga raya atau Hibiscus Rosa- Sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia yang menjadi lambang bangsa, agama dan negara. Setiap unsur yang terdapat pada bunga tersebut mempunyai maksud yang tersendiri.

Alamat Internet

5
Jerebu
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengn kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Ia disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Alamat Internet

6
Kata Sendi Nama
Kata sendi nama (KSN) merupakan kata depan kepada kata nama. KSN bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. Antara kata sendi ialah di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.

Alamat Internet

7
Rumah Terbalik
Satu-satunya rumah terbalik dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah. Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini. Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik. Dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee.

Alamat Internet

8
Sungai
Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit, dan merupakan cara biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.

Alamat Internet

9
Kata Adjektif
Kata Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.

Alamat Internet

10
Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Kata penguat terbahagi kepada tiga iaitu penguat hadapan (terlalu, paling, agak), panguat belakang (sekali, benar, nian), dan penguat bebas (amat, sangat, sungguh).

Alamat Internet
                                                                                        
11
Kata Ganda
Kata ganda ialah perihal berganda,perbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak daripada jumlah asal. Terbahagi kepada empat jenis iaitu kata ganda seluruh, separa, bersajak, dan berimbuhan.

Alamat Internet

12
Kata Tunggal
Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan.

Alamat Internet

13
Cintailah Sungai Kita
Sungai merupakan nadi utama kepada manusia sebagai bekalan air. Air sungai yang sudah bersih boleh digunakan untuk kegiatan seperti mencuci pakaian, memasak, mandi, dan sebagainya.

Alamat Internet

14
Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4095 meter dar aras laut.

Alamat Internet

15
Beca
Beca merupakan kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca. Beca di Malaysia, dalam rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Terdapat juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang.

Alamat Internet

Video

1)           Kerjasama membawa kejayaan

Sinopsis        : Video menunjukkan tentang semangat kerjasama beberapa kumpulan                              haiwan seperti penguian, semut, dan ketam dalam melindungi diri                                    sendiri dan kawan – kawan.



2)           AEIOU (Lagu Pelajar Pasti)

Sinopsis      : Video menunjukkan lagu vokal AEIOU dan bunyinya. Contohnya, A bunyi                        ayam, E panggil emak, dan sebagainya.



3)           Abu Ada Ayam (Lagu Fonik Melayu)

Sinopsis       : Video menunjukkan bunyi vokal A,I,U dan konsonan B,N dan sebagainya.




4)           Adik pandai – Nyanyi lagu ABC

Sinopsis       : Video memperlihatkan lagu abjad ABC hingga Z dan contoh perkataan                             bagi setiap huruf tersebut.



5)           Arnab dan Kura-kura

Sinopsis       : Video memaparkan tentang arnab dan kura-kura. Perlumbaan antara                              arnab dan kura-kura akhirnya dimenangi oleh kura-kura kerana                                        semangat tidak putus asa dan menyerah kalah. Sifat sombong arnab                              juga perlu dijauhi dan dielakkan.



6)           Bangau oh Bangau

Sinopsis       : Video ini menunjukkan tentang perkaitan hidup antara haiwan dan                            makanannya. Video ini juga memperlihatkan haiwan bersikap jujur dalam                      memberi jawapan apabila ditanya.



7)           BBM Video P&P Kenderaan di darat

Sinopsis      :  Video menunjukkkan bagaimana seorang pelajar mengendalikan P&P                            tentang kenderaan yang terdapat di darat seperti kereta, bas, motosikal,                         dan banyak lagi.



8)           Buah-buahan

Sinopsis        : Video menunjukkan lagu buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia                        seperti rambutan, manggis, durian, langsat dan sebagainya.



9)           Gagak yang bijak

Sinopsis      : Video menunjukkan kisah yang boleh diteladi daripada seekor burung                      gagak. Video ini juga memperlihatkan kebijaksanaan burung gagak untuk                 mendapatkan air dengan memasukkan buah-buahan yang kecil saiznya                         sehingga paras air naik dan dapat diminum.


 
10)         Haiwan darat

Sinopsis      : Video menunjukkan tentang haiwan-haiwan yang terdapat di darat seperti                       arnab, beruk, monyet, beruang, ayam, itik, dan banyak lagi.



11)         Haiwan Laut

Sinopsis        : Video memaparkan tentang haiwan yang tinggal di laut seperti tapak                                sulaiman, kura-kura, ikan lumba-lumba, belut, ikan, dan sebagainya.



12)         Hikayat Sang Kancil dan Buaya

Sinopsis       : Video menunjukkan tentang kisah kebijaksanaan sang kancil menipu                                buaya untuk menyeberang sungai bagi mendapatkan makanan iaitu                                 buah-buahan.



13)         Kisah Penuh Inspirasi tentang Semut

Sinopsis       : Video bagaimana semut bekerjasama dalam sebuah kumpulan apabila                             berhadapan masalah.



14)         Kumpulan Video Dahsyatnya Banjir

Sinopsis       :  Video menunjukkan kejadian banjir yang berlaku dan memusnahkan alam.                       Banyak kerosakan berlaku seperti rumah, bangunan, kenderaan, jalan                              raya dan banyak lagi sehingga ada mengorbankan nyawa.



15)         Lagu Buah

Sinopsis       : Video menunjukkan lagu buah-buahan seperti betik, jambu, manggis,                                pisang, rambutan dan banyak lagi.



16)         Lagu kanak-kanak bunyi-bunyi haiwan

Sinopsis       : Video menunjukkan lagu haiwan dan bunyinya. Contohnya lembu (moo                             moo), ular (sss sss) dan sebagainya.



17)         Mengenal sayuran

Sinopsis       : Video menunjukkan tentang jenis dan nama sayur-sayuran seperti tomato,                       bawang, cili, kubis, halia, kacang panjang dan banyak lagi.



18)         Sang Kancil dan Monyet

Sinopsis        : Video memaparkan kisah teladan sang kancil dan monyet. Dalam video ini                      menunjukkan kehidupan sahabat baik antara kancil dan kura-kura. Monyet                       membuat tipu helah untuk mendapatkan makanan yang terdapat di kebun                         sang kancil dan kura-kura sehingga termakan cili kerana kedegilan sendiri                        walaupun sudah ditegah.



19)         Singa Yang Haloba

Sinopsis      : Video menunjukkan ketamakan singa dalam memperoleh makanan                                  walaupun di depan sudah terhidang makanan namun masih ingin                                      mendapatkan makanan yang besar habuannya. Akhirnya yang digendong                         tidak dapat,yang dikejar berciciran.



20)         Video Bencana Alam Terdahsyat di Dunia

Sinopsis       : Video memaparkan tentang beberapa bencana alam yang dahsyat di dunia                      seperti taufan haiya di Filipina sehingga merosakkan alam dan meragut                            nyawa. Video lain juga seperti tsunami (2004), musim sejuk yang teruk,                           letusan gunung Pinatubo, dan banyak lagi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan